Pages

Thursday 1 December 2011

绘本- (猜猜我有多爱你)

《猜猜我有多爱你》

绘本- (肚子好饿好饿的毛毛虫)

《肚子好饿的毛毛虫》

绘本-(叶子树)

http://www.scribd.com/doc/74444781/%C2%A7%E6%A0%91%E5%8F%B6%E4%B9%A6%C2%A7

Mari belajar Nama binatang










Gambar Duit






MBMMBI

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tujuan MBMMBI
• Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
• Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Strategi pelaksanaan MBMMBI
Memartabatkan Bahasa Malaysia
Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia meliputi perkara-perkara berikut:
• Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia
• Asas Berbahasa (Back To Basics)
• Didik Hibur
• Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum
• Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P
• Program Bacaan
• Guru Bahasa Malaysia Berkualiti
• Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
• Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi
• Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara
• Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi
Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.
Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Mulai tahun 2011 ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan dasar MBMMBI di seluruh sekolah di Malaysia. Sehubungan itu juga, mulai 2011 semua murid sekolah kebangsaan (SK) akan belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu (BM) dan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina (SJK Tamil dan SJK Cina) akan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing. Ini bermakna murid SJK(T) akan belajar sains dan Matematik dalam Bahasa Tamil dan murid SJK(C) akan belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Mandarin.

Hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan murid sekolah akan diperkuatkan melalui pelaksanaan dasar MBMMBI ini. Dasar baharu ini adalah bagi mengganti dasar PPSMI yang telah dimansuhkan. Dasar ini juga mengambil kira Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu dikuasai oleh semua warga negara Malaysia. Bagi saya, ini adalah satu dasar yang adil dan perlu didokong oleh semua warga guru dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Beberapa hari yang lalu saya terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang guru dalam akhbar The Star. Beliau menyarankan supaya mata pelajaran sejarah diajar dalam BI bagi membantu murid mengukuhkan lagi penguasaan penulisan dan lisan BI. Beliau memberikan hujah yang begitu meyakinkan, antaranya adalah melalui subjek ini murid dapat belajar kosa kata, tatabahasa, komunikasi dan susunan ayat yang betul. Lagi pun terdapat begitu banyak teks sejarah dalam BI yang terkenal.

Saya percaya sekiranya subjek ini diajar dalam BI, hasrat untuk memperkukuhkan BI dalam MBMMBI akan menjadi kenyataan.

Guru adalah ibubapa kedua murid

Murid banyak menghabiskan masa di sekolah di sebelah siang hari berbanding bersama ibu bapa mereka. Oleh itu secara tidak langsung, guru adalah pembimbing dan penjaga kepada murid semasa mereka berada di sekolah. Maka peranan sebagai ibu bapa kedua tidak boleh dinafikan oleh setiap insan yang bergelar guru. Semasa di sekolah, murid perlu dijaga dari segi keselamatan mereka, ksihatan dan pemakanan mereka. Sekolah telah menyediakan pelbagai prasarana untuk kemudahan murid semasa mereka berada dalam kawasan sekolah, malahan kawasan sekolah sentiasa diawasi oleh pegawai keselamatan yang sentiasa bertugas. Bilik rawatan, kantin dan surau telah tersedia untuk murid melakukan aktiviti yang berkenaan.

Hanya guru yang benar-benar berdedikasi sahaja mampu menunaikan tanggung jawab ini dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh. Berapa ramai antara guru menziarahi anak didik mereka sekiranya sakit dan terlantar di rumah atau hospital? Berapa ramai guru yang bertanyakan khabar sekiranya anak didik mereka tidak hadir ke sekolah melebihi 2 atau 3 hari? Ada ketika murid mereka sakit dan tidak hadir ke sekolah sehinggga melebihi 3 hari, guru langsung tidak mengambil tahu atau bertanyakan khabar. Guru boleh menghubungi ibu bapa dan bertanya mengapa anak mereka tidak hadir ke sekolah, dan sekiranya sakit maka hadirlah ke rumah mereka untuk menziarahi murid yang sakit. Kemana hilangnnya nilai keperibadian baik yang sepatutnya ada dalam diri seseorang guru sehingga tidak perlu mengambil tahu hal murid mereka?
Kita banyak mendengar orang membandingkan guru dahulu dan guru sekarang. Perkara inilah yang membezakan guru dahulu dengan guru sekarang, guru dahulu menjalankan tugas sebagai ibu bapa kedua kepada murid dengan penuh rasa tanggung jawab menyebabkan mereka sentiasa dihormati sepanjang zaman. Bagaimana kita mahu murid menghormati kita sekiranya kita tidak menghormati mereka?

Kita pernah mendengar ada orang yang menyatakan mereka menjumpai amalan nilai Islam dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Masyarakat di Barat mengamalkan nilai-nilai menghormati sesama sendiri dengan lebih baik berbanding masyarakat kita (Islam). Guru mereka sangat menghormati anak didik dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Oleh itu janganlah memaki hamun, mencaci, mencela, memandang remeh anak didik kita walau pun mereka masih kecil. Suatu ketika nanti mereka akan menjadi dewasa dan mungkin menjadi seseorang yang terkenal. Sekiranya mereka tidak diajar untuk menghormati kita, maka kita akan kecewa apabila masa tersebut tiba.

KSSR Matematik Tahun 2

Taklimat KSSR Matematik (Tahun 2)

Tuesday 25 October 2011

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

     Penggunaan teknologi dalam pendidikan mencakupi cara penyampaian maklumat kepada murid. Teknologi Pendidikan ialah satu kemahiran dalam pendidikan yang melibatkan perkakasan, perisian dan kaedah penyampaian. Ketiga-tiga komponen ini perlu dilaksanakan secara sistematik untuk mencapai keberkesanan penyampaian pengajaran. Hal ini juga memerlukan seseorang itu mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan panyampaian mesej mereka berkesan.
     Teknologi pengajaran ialah sub komponen teknologi pendidikan dan merupakan satu gabungan harmonis dan sistematik antara perkakasan, perisian, seni penggunaan dan pengendalian untuk mencapai pengajaran yang berkesan dan bermakna. Secara jelasnya, teknologi pengajaran menekankan kepada keperluan dan proses pengajaran yang berkesan.
    
     Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. Justeru itu, satu kajian perlu dijalankan bagi mengetahui tahap penerimaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan guru-guru. Faktor-faktor yang dilihat dalam kajian ini adalah faktor pengetahuan, sikap, personaliti, sifat-sifat inovasi, sokongan organisasi dan faktor-faktor demografi seperti jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar. Kajian ini menggunakan Teori Resapan Inovasi sebagai kerangka teori penyelidikan.

Mengajar murid menggunakan komputer


Berlajar menjadi lebih seronok daripada menbaca buku.

Welcome to my blog (Heo Zhi Min D20102045282)

This is my first post.
 enjoy it. ^^